YAPEIM Sumbang RM5,000, Beri Manfaat Kepada Pelajar

Kota Samarahan, 23 Januari 2026 – YAPEIM hari ini menyerahkan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada SK Agama Ibnu Khaldun, Kota Samarahan dibawah sumbangan YAPEIM Didik.

Majlis serahan cek cura disempurnakan oleh Ketua Pengarah YAPEIM, Tuan Haji Zabidi bin Nasan kepada Guru Besar SK Agama Ibnu Khaldun, En. Mohd Tarmigi bin Sabli.

Turut hadir ke majlis, Yang Dipertua PIBG, Dato’ Rozalix bin Edi Wahab, Pemangku Ketua Divisyen Sumber Dana YAPEIM, YM Tengku Idzmul Aziim bin Tengku Alang dan Pengurus YAPEIM Negeri Sarawak, En. Fadlie bin Zamuri.

Sumbangan sebanyak RM5,000 ini akan memberi manfaat kepada 50 orang pelajar dalam kalangan asnaf dan B40 dengan nilai RM100 bagi setiap pelajar.

Sejak tahun 1985 sehingga 2025, YAPEIM telah membelanjakan lebih RM725 juta membabitkan 10.1 juta penerima manfaat di seluruh negara. Ini membabitkan tiga teras utama iaitu Pembangunan Ekonomi, Pembangunan Pendidikan dan Pembangunan Kemasyarakatan yang dilakukan secara inklusif dan sistematik.

YAPEIM turut mengucapkan terima kasih kepada penyumbang Tabung Amanah YAPEIM kerana hasil wang infak terkumpul ianya dapat digunakan bagi mewujudkan program-program yang bermanfaat dan disalurkan kepada kumpulan sasar yang memerlukan.