Kuala Terengganu, 11 Mac 2026 – YAPEIM salurkan sumbangan kepada Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) dalam Majlis Pengurniaan Bantuan Kepada Fakir Miskin dan Pelajar Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri 1447H yang diadakan di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan hadir ke majlis seterusnya menyempurnakan majlis pengurniaan kepada para penerima.
YAPEIM diwakili Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM, Tuan Abdul Khudus bin Mohd Naaim menerima sijil penghargaan daripada KDYMM Tuanku sebagai penyumbang program YDSM.
YAPEIM menyalurkan sumbangan berjumlah RM325,000 kepada YDSM bagi pelaksanaan Program Pembangunan Komuniti meliputi Program Pembangunan Ushawan Komuniti, Program Kemasyarakatan dan Pembangunan Pendidikan di Negeri Terengganu.
Turut hadir ke majlis Ketua Pengarah YAPEIM, Tuan Haji Zabidi bin Nasan dan Ketua Divisyen Sosioekonomi YAPEIM, Encik Muhamad Khairul Anuar bin Ibrahim.










