Kuching, 22 Januari 2026 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menyalurkan sumbangan bernilai RM16,100 kepada 114 penerima menerusi agihan makanan (food bank) serta bantuan Back To School kepada 47 penerima di Kampung Sinar Budi Baru, di sini, hari ini.
Sumbangan ini disalurkan kepada keluarga dan pelajar yang terjejas akibat musibah banjir yang melanda Sarawak pada penghujung tahun 2025. Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan YAPEIM dalam meringankan beban golongan terkesan serta memastikan kebajikan mereka terus terbela.
Majlis penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah YAPEIM, Tuan Haji Zabidi bin Nasan.
Turut hadir ke majlis ialah Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, CR Tan Kai, Ketua Kampung Sinar Budi Baru, KK Wain bin Sulaiman serta Pengurus YAPEIM Sarawak, Encik Fadlie bin Zamuri.
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban dan memberi sinar harapan kepada mangsa banjir yang terjejas.











