YAPEIM salur RM41,250, bantu 300 pelajar dan sumbang al-Quran

Kuala Lumpur, 5 Mac 2026 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan sumbangan RM41,250 bagi majlis Ihya’ Ramadan dan Iftar MADANI Cheras bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, hari ini di Surau As-Sodiqin, Jalan Pudu Ulu, Taman Kobena di sini.

Sumbangan yang disalur itu akan memanfaatkan 300 pelajar dengan masing-masing menerima RM100 setiap seorang.

Dalam majlis itu juga, YAPEIM turut menyalurkan sumbangan berbentuk agihan naskah al-Quran kepada surau dan masjid.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli. Turut hadir Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM Tuan Abdul Khudus bin Mohd Naaim; Ahli Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM Tuan Haji Ir. Shatiri bin Mansor; Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Haji Zabidi bin Nasan serta Ketua Divisyen Sosioekonomi YAPEIM Encik Muhamad Khairul Anuar bin Ibrahim.

Selain YAPEIM terdapat beberapa agensi dan sektor korporat lain yang turut menyalurkan sumbangan dalam majlis berkenaan.