YAPEIM Menyampaikan Sumbangan kepada Keluarga Puan Rosshahida

28 April 2025 – Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Haji Zabidi bin Nasan hari ini meluangkan masa menziarahi keluarga Puan Rosshahida binti Abd Rahim kakitangan Ar Rahnu YAPEIM cawangan Baling, Kedah yang baharu sahaja kehilangan anaknya akibat lemas.

Mangsa Aqil Lutfi bin Mohd Taufiq disahkan lemas pada Sabtu lalu.

Tuan Haji Zabidi turut menyampaikan sumbangan sedekah subuh kepada keluarga mangsa. Kami di YAPEIM mendoakan semoga keluarga Puan Rosshahida tabah menghadapi ujian ini.