YAPEIM hulur bantuan kepada mangsa ribut di Kuala Langat

Kuala Langat, 17 Oktober 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan sumbangan berjumlah RM33,000 kepada mangsa bencana ribut yang melanda kawasan Srijangkang, Kuala Langat baru-baru ini.

Serahan sumbangan telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar.

Sumbangan ini merangkumi bantuan bakul makanan berjumlah RM100 kepada 65 ketua isi rumah, bantuan tunai berjumlah RM500 untuk 13 orang murid yang cedera dan sumbangan baiki premis berjumlah RM20,000 kepada Surau SRA Kampung Medan.

Kejadian ribut ini telah menyebabkan kerosakan serius melibatkan sekolah, surau SRA, rumah kediaman, premis perniagaan dan kilang.

Turut hadir Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Haji Zabidi bin Nasan.

Semoga sumbangan yang disalurkan YAPEIM ini dapat membantu meringankan beban mereka yang terjejas.