Hulu Selangor, 19 Disember 2025 – YAPEIM bersama rakan strategiknya PLUS Malaysia Berhad menyerahkan sumbangan sebanyak RM49,000 kepada SK Lembah Beringin dibawah sumbangan YAPEIM Didik.
Majlis serahan cek cura disempurnakan oleh Puan Mashitah binti Mohamad Arshad, Pemangku Ketua Komunikasi Korporat PLUS Malaysia Berhad kepada Encik Anuar bin Ramli, Guru Besar SK Lembah Beringin sambil disaksikan oleh YM Tengku Idzmul Azim bin Tengku Alang, Pemangku Ketua Divisyen Sumber Dana YAPEIM.
Sumbangan sebanyak RM49,000 ini akan memberi manfaat kepada para pelajar dan juga para guru yang membabitkan penambahbaikan kemudahan dan infra sekolah.
Selain itu juga, sumbangan back to school turut diagihkan bernilai RM200 kepada 34 orang pelajar berjumlah RM6,800.
Turut hadir, Encik Fakhar bin Muhammad Nur, Ketua Seksyen Pembangunan Pendidikan dan Pemikiran YAPEIM, Encik Norazlan bin Nordin, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Lembah Beringin serta pihak pengurusan SK Lembah Beringin.
Sejak tahun 1985 sehingga November 2025, YAPEIM telah membelanjakan lebih RM725 juta membabitkan 10.1 juta penerima manfaat di seluruh negara. Ini membabitkan tiga teras utama iaitu Pembangunan Ekonomi, Pembangunan Pendidikan dan Pembangunan Kemasyarakatan yang dilakukan secara inklusif dan sistematik.
YAPEIM turut mengucapkan terima kasih kepada penyumbang Tabung Amanah YAPEIM kerana hasil wang infak terkumpul ianya dapat digunakan bagi mewujudkan program-program yang bermanfaat dan disalurkan kepada kumpulan sasar yang memerlukan.








