KUALA LUMPUR, 28 Julai 2025 (Julai) – YAPEIM yang diketuai oleh Ketua Pengarah, YBrs. Tuan Haji Zabidi bin Nasan telah mengadakan kunjung hormat kepada Ketua Pengarah Balai Seni Negara, YBrs. Encik Amerrudin bin Ahmad dan barisan pengurusan kanan jabatan tersebut.
Antara perbincangaan utama ialah inisiatif untuk meneroka dan mengukuhkan kerjasama bagi pemerkasaan program/aktiviti yang melibatkan pembangunan keusahawanan, pendidikan dan kemasyarakatan. Perbincangan turut merangkumi penerokaan prospek pendanaan yang inovatif bagi memastikan kelestarian agenda membangun ummah.



