YAPEIM anjur Ramadan MADANI di Politeknik Hulu Terengganu

Hulu Terengganu, 10 Mac 2026 – YAPEIM telah menganjurkan Program Ramadan MADANI YAPEIM bertempat di Politeknik Hulu Terengganu, Terengganu sebagai usaha berterusan dalam menyantuni masyarakat melalui pelaksanaan program kebajikan dan sokongan pendidikan sepanjang bulan Ramadan.

YAPEIM menyalurkan sumbangan Iftar Ramadan berjumlah RM3,000 bagi penyediaan juadah berbuka puasa untuk 500 orang pelajar.

Di samping itu, sumbangan bantuan Infrastruktur berjumlah RM1,000 turut disalurkan kepada Politeknik Hulu Terengganu bagi menyokong keperluan penyelenggaraan dan kemudahan di politeknik ini.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Ketua Divisyen Sosioekonomi YAPEIM, Encik Muhamad Khairul Anuar bin Ibrahim. Turut hadir Ketua Pengarah YAPEIM, Tuan Haji Zabidi bin Nasan, Pengarah Politeknik Hulu Terengganu, Encik Ishamuddin bin Ishak, barisan pensyarah dan kakitangan serta pimpinan komuniti setempat.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen YAPEIM dalam memperkukuh kesejahteraan komuniti melalui pendekatan menyeluruh secara berfokus.