Bachok, 8 Ogos 2025 – Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM Tuan Abdul Khudus bin Mohd Naaim bersama Alliance Islamic Bank (AIS), Institut Penyelidikan dan Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan Majlis Pemulihan Negeri Kelantan (MPNK) telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Projek Ternakan Ayam Kampung Kacuk di Pusat Pemulihan Orang Kurang Upaya Kelantan (PROKA) Bachok, pada hari ini.
Objektif kerjasama ini adalah untuk meningkatkan ekonomi komuniti setempat malah dapat juga menyediakan bekalan ayam kampung kacuk yang berkualiti tinggi bagi pasaran domestik. Tambahan, ia mampu mewujudkan peluang pekerjaan, impak pendapatan sekali gus menambah nilai kepada bekalan makanan negara.
Hadir sama Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Tuan Haji Ir. Shatiri bin Mansor dan Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Haji Zabidi bin Nasan.
Turut hadir juga Ketua Kewangan Sosial dan Perhubungan Strategik, Alliance Islamic Bank, Encik Shidek bin Nazaran dan Pengarah Institut Penyelidikan, Pengurusan Kemiskinan (InsPeK) Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dr. Wan Amir Zal bin Wan Ismail dan Pengerusi Majlis Pemulihan Negeri Kelantan (MPNK), Tuan Haji Ramli bin Mohd.
Lawatan ini bertujuan mengukuhkan lagi hubungan strategik YAPEIM dan badan korporat untuk tujuan membangun ummah secara keseluruhannya.






