Tiada Punca Pendapatan, Warga Emas Jaga Anak Sakit Strok Terima Bantuan YaPEIM

HULU LANGAT – 1 JULAI 2020, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam(YaPEIM) hadir menyantuni En Abdul Yahziri Abdul Aziz, 53, yang terlantar sejak 3 tahun lepas akibat sakit strok.

Beliau yang tinggal bersama ibunya, Pn. Robaknya, seorang warga emas berusia 79 tahun,yang sudah tidak mampu menjaga anaknya disebabkan faktor kesihatan selain tiada punca pendapatan.

Pn. Robaknya dan anaknya hanya bergantung hidup dengan bantuan dari segi makanan keperluan harian dari orang ramai demi kelangsungan hidupnya sekeluarga.

YaPEIM tampil hadir menyalurkan sumbangan berupa barangan keperluan asas serta wang tunai sebagai tanda keprihatinan pihak YaPEIM kepada keluarga mangsa.