Sinar Baharu Untuk Empat Keluarga di Kelantan

Empat keluarga dari negeri Kelantan kini mampu menarik nafas lega apabila impian memiliki kediaman sendiri akhirnya menjadi kenyataan melalui Program Sinar Lestari YAPEIM. Program yang dilaksanakan dengan kerjasama rakan strategik ini melibatkan peruntukan sebanyak RM320,000 bagi pembinaan rumah baharu.

Penyerahan kunci rumah telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Kampung Merkang, Pasir Puteh, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah YAPEIM, Tuan Haji Zabidi bin Nasan dan Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU JPM/PPPNK), Tuan Haji Jasri bin Kasim.

Mereka yang menerima manfaat ini ialah:

  • Puan Nor Liza binti Hassan – Kampung Merkang, Pasir Puteh
  • Encik Mohd Azhar bin Mat Hussin – Kampung Aman Kandis, Bachok
  • Puan Norizan binti Jusoh – Kampung Padang Mandol, Wakaf Bharu
  • Puan Qus Yai Rita binti Zakaria – Kampung Lubuk Stol, Rantau Panjang

Dalam majlis yang sama, YAPEIM turut menyalurkan sumbangan Program Sinar Kasih berjumlah RM9,600 kepada Puan Nik Shazrina binti Nik Mohd Zulkiflee, ibu tunggal serta empat orang anak yang kehilangan suami dalam nahas jalan raya. Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban keluarga serta menyantuni anak-anak yang kehilangan tempat bergantung.

Sebanyak RM329,600 telah diperuntukkan oleh YAPEIM hari ini bagi pelaksanaan Program Sinar Lestari dan Sinar Kasih. Terima kasih kepada para penyumbang Tabung Amanah YAPEIM. Sumbangan anda telah memberi sinar dan harapan kepada mereka yang memerlukan. Teruskan menyokong usaha kami dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan.