Ramadan MADANI YAPEIM Sumbang RM85,000 Di KDH, Kajang dan Maahad SAS, Jengka

26 Mac 2025 – Program Ramadan MADANI YAPEIM lewat petang ini bertandang ke Kolej Dar al-Hikmah (KDH) di Kajang, Selangor dan Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-dini (Maahad SAS) di Jengka, Pahang.

Sejumlah RM85,000 diperuntukkan bagi menyantuni pelajar yang memerlukan di kedua-dua lokasi yang terdiri dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta sekolah menengah dan rendah.

Di KDH, sejumlah RM40,000 disalurkan merangkumi sumbangan tunai YAPEIM Didik RM100 seorang kepada 300 pelajar dan tajaan majlis berbuka puasa untuk 400 penerima manfaat dan tetamu jemputan.

Majlis diserikan dengan kehadiran Ketua Eksekutif KDH Tuan Haji Shahran Kasim, Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Ameer Ali bin Vali Mohamed, Pengarah/Ketua Divisyen Pembangunan Sosioekonomi YAPEIM Tuan Muhamad Khairul Anuar.

Sementara itu, di Maahad SAS, sejumlah RM45,000 diperuntukkan, melibatkan bantuan tunai YAPEIM Didik sebanyak RM100 seorang kepada 300 pelajar serta tajaan majlis berbuka puasa untuk 400 pelajar dan tetamu jemputan.

Hadir sama Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Dato’ Zaliza bin Zulkipli dan Ketua Seksyen Amal Jariah YAPEIM Tuan Mohd Hussien bin Masngot.

Sehingga hari ini, program Ramadan MADANI YAPEIM telah singgah di 23 lokasi seluruh negara bagi menyantuni pelajar yang memerlukan.