Ramadan MADANI YAPEIM Sumbang RM84,500 di PULAPOL Kuala Lumpu dan UTHM Batu Pahat, Johor

21 Mac 2024 – Yayasan PembangunanEkonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan sumbangan berjumlah RM84,500 lewat petang ini bagi menyantuni pelajar yang memerlukan di dua lokasi iaitu Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di Kuala Lumpur dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat, Johor.

Sejumlah RM40,000 diperuntukkan melalui program Ramadan MADANI YAPEIM di PULAPOL Kuala Lumpur yang dihadiri oleh Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dato’ Abdul Aziz bin Abdul Majid.

Sumbangan berupa bantuan tunai YAPEIM Didik berjumlah RM30,000 kepada 300 pelajar institut pengajian tinggi (IPT) serta pelajar sekolah menengah dan rendah. YAPEIM turut menaja majlis iftar untuk 400 orang.

Hadir sama Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM Tuan Abdul Khudus bin Mohd Naaim dan Pengarah/Ketua Divisyen Pembangunan Sosioekonomi YAPEIM Tuan Muhamad Khairul Anuar bin Ibrahim.

Sementara itu di UTHM, YAPEIM menyalurkan sumbangan berjumlah RM44,500 berbentuk wang tunai sejumlah RM30,000 kepada 300 pelajar dan selebihnya tajaan majlis berbuka puasa kepada penerima manfaat dan tetamu jemputan.

Majlis ini dihadiri Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTHM Prof. Ts. Dr. Abdul Rasid bin Abdul Razzaq dan Ketua Seksyen Pemasaran, Divisyen Sumber Dana YAPEIM Tuan Saiful Nizam bin Ahmad Shahrom.

Sehingga hari ini, program Ramadan MADANI YAPEIM telah diadakan di 16 lokasi di seluruh negara bagi menyantuni mereka yang memerlukan terutama dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta pelajar sekolah menengah dan rendah.