Ramadan MADANI YAPEIM sumbang RM53,800 di IPD Kuantan, Pahang

Kuantan, 27 Februari 2026 – Program Ramadan MADANI YAPEIM telah berlangsung di IPD Kuantan, Pahang lewat petang tadi.

Sebanyak RM53,800 diperuntukkan bagi menyantuni anak-anak kakitangan polis yang memerlukan, melibatkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta murid sekolah menengah dan rendah.

Sumbangan tersebut merangkumi pemberian duit raya sebanyak RM100 kepada 300 pelajar, tajaan jamuan iftar, sumbangan infrastruktur serta penganjuran sesi ceramah.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Ketua Polis Pahang, YDH CP Dato’ Sri Yahaya bin Othman; Timbalan Ketua Polis Pahang, YDH DCP Dato’ Azry Akmar bin Dato’ Hj. Ayob; serta Ketua Divisyen Sumber Dana YAPEIM, Tuan Tengku Idzmul Aziim bin Tengku Alang.