Serdang, 4 Mac 2026 – Program Ramadan MADANI YAPEIM peringkat negeri Selangor telah berlangsung di Universiti Putra Malaysia, hari ini.
Sebanyak RM56,800 diperuntukkan bagi menyantuni kumpulan sasar yang memerlukan membabitkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) serta murid sekolah menengah dan rendah.
Sumbangan tersebut merangkumi pemberian duit raya sebanyak RM100 kepada 300 pelajar, tajaan jamuan iftar, sumbangan infrastruktur serta penganjuran sesi ceramah.
Majlis dirasmikan oleh Ketua Divisyen Perkhidmatan Korporat YAPEIM Encik Saiful Khairi bin Kamarudin. Turut hadir Pengetua Kolej Pendeta Za’aba Prof. Dr. Mohamad Aris bin Mohd Moklas.











