Prihatin Pasca Banjir di Tenom

Tenom, 22 Januari 2026 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) telah menyalurkan sumbangan keseluruhan berjumlah RM45,450 bagi membantu pelajar dan sekolah yang terjejas akibat bencana banjir di daerah Tenom.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM17,700 disalurkan sebagai bantuan persekolahan kepada 177 orang pelajar, dengan setiap pelajar menerima sumbangan berjumlah RM100. Selain itu, YAPEIM turut menyalurkan sumbangan peralatan serta bantuan baik pulih infrastruktur sekolah berjumlah RM15,000 kepada tiga buah sekolah, iaitu RM5,000 bagi setiap sekolah.

Serahan sumbangan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Marhamah binti Rosli.

Dalam masa yang sama, Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan turut menyertai inisiatif ini dengan menyalurkan 204 bakul makanan kepada penerima manfaat, melibatkan nilai keseluruhan RM20,400, selain sumbangan kepada sembilan buah surau dan masjid dengan jumlah keseluruhan RM45,000.

Secara keseluruhan, jumlah sumbangan yang diagihkan melalui kerjasama YAPEIM dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan adalah sebanyak RM110,850.

YAPEIM komited untuk terus membantu meringankan beban golongan terjejas serta memastikan kebajikan dan kelangsungan pendidikan pelajar sentiasa diberi perhatian.