Pesakit kanser mendapat perhatian YaPEIM

Selangor, 18 Oktober – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyampaikan sumbangan Musaadah COVID-19 (Foodbank) kepada pesakit kanser Rahim Abdullah, 61, yang menghidap Co3 tumor tahap empat, di sini, semalam.

Menerusi bantuan di bawah program “Inspirasi MusaadahCovid19 YaPEIM” ini sedikit sebanyak dapat membantu keperluan harian Rahim sekeluarga yang perlu menanggung empat anaknya yang masih belajar.

Bantuan yang disalurkan YaPEIM kali ini berupa barangan keperluan harian seperti beras, tepung, minyak, dan susu termasuk wang tunai bernilai RM500.

Sumbangan disempurnakan Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan dan majlis turut dihadiri Ahli Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Romil Shamsuddin serta pengurusan tertinggi YaPEIM.

Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban penerima.

Terima Kasih Penyumbang Tabung Amanah YaPEIM.