Pentas Utama PBAKL menyaksikan momen penuh bermakna apabila Pavilion Al-Falah dirasmikan dan 22 buah buku baharu dari pelbagai agensi agama dilancarkan secara rasmi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Menteri JPM (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Ketua Pengarah IKIM Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil, Pengerusi Pengelola PBAKL Tn. Hj. Mohd Khair Ngadiron, Ketua Pengarah JAKIM Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee, Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Haji Zabidi Nasan, Ketua Pengarah JAWHAR Dato’ Selamat Paigo, Ketua Pegawai Eksekutif YADIM Haji Zamri Zainal Abidin serta barisan ketua-ketua agensi agama.
YAPEIM turut melancarkan Ensiklopedia Fiqh Muamalat & Kewangan Islam, karya unggul oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman, yang menghimpunkan lebih 550 istilah penting dalam fiqh muamalat dan kewangan Islam — lengkap dengan definisi, dalil, penjelasan dan aplikasi semasa.
Buku ini wajib dimiliki oleh:
Pelajar
Pengamal industri kewangan Islam
Ahli akademik
Peguam & hakim syarie
Singgah di Pavilion Al-Falah
Aras 2, Pelantaran Putra, WTCKL
10 pagi – 10 malam (Setiap hari sepanjang PBAKL)
Dapatkan buku-buku terbitan YAPEIM & pelbagai agensi agama lain.
Tambah koleksi ilmu anda.
Rai & semarakkan budaya ilmu bersama kami di PBAKL 2025!


