MRT Corp yakin YAPEIM mampu mengangkat agenda membangun ummah

Bayan Lepas, 23 Ogos 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) dengan kerjasama strategik MRT Corp telah menganjurkan Program Santuni Komuniti di Kampung Permatang Tepi Laut di sini, hari ini. Program ini merupakan kesinambungan selepas pelancaran Projek Pembangunan Komuniti YAPEIM Pulau Pinang pada Disember 2024.

Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk menaik taraf infrastruktur Surau An-Nur bernilai RM18,000, penyampaian sumbangan di bawah program YAPEIM Didik kepada SMK Bayan Lepas dan SK Bayan Lepas 2 berjumlah hampir RM50,000 serta bantuan kepada seorang ibu tunggal yang bernilai RM3,200.

Datuk Mohd Zarif, CEO MRT Corp yang hadir pada program tersebut menyatakan keyakinannya bahawa kerjasama strategik antara YAPEIM dan MRT Corp mampu menyuntik nilai tambah kepada pembangunan sosioekonomi penduduk setempat dan berharap kerjasama ini dapat dipertingkatkan pada masa hadapan.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah YAPEIM, Tuan Haji Zabidi bin Nasan bersama-sama pengurusan kanan kedua-dua pihak.