Alhamdulillah, suasana petang di ibu pejabat YAPEIM di Menara Ochre@Alamanda hari ini cukup bermakna apabila Pengurusan Tertinggi dan warga kerja YAPEIM berkumpul dalam Majlis Iftar Ramadan yang julung kali diadakan.
Bertepatan dengan tema “Ramadan Menyulam Kasih, Mengukuh Ukhuwah”, program dimulakan dengan tazkirah Ramadan yang disampaikan oleh Ustaz Hassan Basri bin Haji Ali.
Ucapan aluan kemudiannya disampaikan oleh Ketua Pengarah YAPEIM, Tuan Haji Zabidi bin Nasan yang menzahirkan penghargaan atas komitmen warga kerja serta menyampaikan pengumuman khas yang menggembirakan seluruh warga YAPEIM.
Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM, Tuan Abdul Khudus bin Mohd Naaim, yang turut melancarkan Kempen Jom Solat Jemaah serta menyempurnakan serahan sumbangan kepada warga kerja yang terpilih.
Sebaik selesai berbuka puasa, warga kerja bersama-sama menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah. Majlis diakhiri dengan sesi moreh.
Penganjuran program ini menjadi platform dalam mengeratkan ukhuwah dan menyemarakkan penghayatan Ramadan dalam kalangan warga YAPEIM.















