Iklan Jawatan Kosong Pengurus Teknologi Maklumat (TUTUP)

Maklumat Jawatan:

  1. Kumpulan : Pengurusan Profesional (PP)
    Jawatan/Gred : Pengurus (PP6)
    Taraf Jawatan: Tetap/Kontrak
    Skala Gaji : RM5,400 hingga RM9,900
    Penempatan : Petaling Jaya, Selangor

DESKRIPSI TUGAS

  1. Mengurus teknologi maklumat dan sistem komputer termasuk, tidak terhad kepada system pengendalian, pengurusan komputer meja/riba, peralatan audio visual, aplikasi perisian, pelayan (servers), sistem rangkaian, sistem e-mel, pencetak, CCTV dan akses pintu.
  2. Merancang, mengurus, mengawal dan menilai operasi sistem maklumat dan pemprosesan data elektronik.
  3. Membangun dan melaksanakan dasar dan prosedur serta rangka kerja untuk pemprosesan data elektronik dan operasi dan pembangunan sistem komputer.
  4. Menguruskan belanjawan dan perbelanjaan teknologi maklumat.
  5. Memastikan teknologi boleh diakses dan dilengkapi dengan perkakasan dan perisian semasa.
  6. Memantau dan menyelenggara teknologi untuk memastikan capaian maksimum oleh semua pengguna yang dibenarkan.
  7. Bertanggungjawab untuk membangun, menyelaras dan melaksana projek teknologi maklumat untuk ibu pejabat dan semua cawangan.
  8. Penyelenggaraan dan pembaikan kepada semua reka bentuk teknologi komunikasi, perkakasan, perisian dan sistem pengendalian rangkaian.
  9. Mengekalkan log isu pembaikan dan penyelenggaraan serta masa tindak balas.
  10. Melatih pengguna baru dan sedia ada sistem teknologi maklumat.
  11. Membangunkan dan mengekalkan prosedur keselamatan untuk semua data dan maklumat elektronik.
  12. Bertanggungjawab untuk mengesan, memantau, menganalisa dan menyelesaikan sebarang isu yang melibatkan pendedahan maklumat dan keselamatan syarikat.
  13. Mengekalkan inventori semasa dan tepat bagi semua perkakasan teknologi, perisian dan sumber.

SYARAT PERMOHONAN

  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan Komputer atau kelayakan yang setaraf dengannya.
  2. Berpengalaman minimum 7 tahun dalam bidang berkaitan pengurusan teknologi maklumat.
  3. Berpengetahuan dan berkemahiran dalam pengurusan teknikal, analisa maklumat, pentadbiran rangkaian, pemasangan rangkaian dan pengurusan bersistematik terhadap perkakasan dan perisian komputer.
  4. Mempunyai pengalaman dalam membangunkan laman sesawang adalah satu kelebihan.
  5. Mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan, berdikari dan boleh bekerja dalam suasana pantas.
  6. Warganegara Malaysia dan berumur tidak melebihi 55 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

CARA MEMOHON:

  1. Sila kemukakan salinan resume, kad pengenalan, sijil akademik dan transkrip serta sijil-sijil lain yang berkaitan melalui e-mel ke psy@yapeim.my.
  2. Sila pastikan alamat e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi adalah yang terkini dan aktif.
  3. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.
  4. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa enam (6) bulan  daripada tarikh tutup iklan dibuat, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
  5. Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 Januari 2024.

Versi PDF -> Klik sini