Iklan Jawatan Kosong Eksekutif Undang-Undang (TUTUP)

Maklumat Jawatan:

  1. Kumpulan : Eksekutif Pengurusan (EP)
    Jawatan/ Gred : Penolong Pengurus – Penolong Pengurus Kanan (EP1-EP4)
    Taraf Jawatan: Tetap/Kontrak
    Skala Gaji : RM3,400 hingga RM8,250
    Penempatan : Petaling Jaya, Selangor

DESKRIPSI TUGAS

  1. Membantu membuat penyelidikan dan memberikan nasihat undang-undang kepada syarikat dalam pelbagai aspek seperti kontrak perjanjian, litigasi, pelaburan, dasar, pengurusan risiko, kewangan, pekerjaan dan harta intelek.
  2. Bekerjasama dengan dengan peguam syarikat dan pihak luar dalam membantu menyelesaikan berkaitan kontrak dan undang-undang secara profesional dan tepat pada masanya.
  3. Membantu mengenal pasti, menyemak dan menguruskan potensi risiko undang-undang terhadap syarikat yang selaras dengan keperluan undang-undang semasa dan pematuhan terhadap tadbir urus korporat.
  4. Sentiasa mengikuti perkembangan terkini tentang perubahan dalam rangka kerja perundangan dan kawal selia yang berkaitan, mengambil tindakan segera dan sewajarnya, jika perlu.
  5. Membantu memberikan perkhidmatan sokongan kepada penyelarasan dan pelaksanaan dasar undang-undang, prosedur dan tadbir urus syarikat dan anak-anak syarikatnya.
  6. Membantu pengurusan kontrak dalam aktiviti pra-kontrak dan selepas kontrak secara sistematik seperti penjejakan dan pelaporan pengurusan kontrak, penilaian lanjutan masa, pembangunan dan penambahbaikan berterusan SOP pengurusan kontrak dan borang-borang berkaitan.
  7. Melaksanakan sebarang tugas-tugas lain yang diarahkan dan diberikan oleh syarikat.

SYARAT PERMOHONAN

  1. Lulus Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  2. Lulus peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) atau lulus peperiksaan Akhir Peguam (Bar Examination).
  3. Berpengalaman minimum 3 tahun dalam perundangan korporat, firma guaman atau sebagai penasihat undang-undang dalaman yang berkaitan perundangan seperti pengurusan kontrak, litigasi, komersial, kewangan dan tadbir urus korporat.
  4. Mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan secara lisan dan visual untuk menyampaikan pandangan atau cadangan dengan jelas dan ringkas kepada pelanggan, rakan-rakan strategik dan pegawai atasan.
  5. Berfikiran strategik, analitikal, proaktif, berintegriti dan boleh bekerja dalam suasana pantas.
  6. Teliti, teratur dan komited untuk menghasilkan hasil kerja berkualiti tinggi.
  7. Berkemahiran menganalisa masalah dan memberikan penyelesaian masalah dan perhatian kepada perincian dan ketepatan.
  8. Warganegara Malaysia dan berumur tidak melebihi 55 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

CARA MEMOHON:

  1. Sila kemukakan salinan resume, kad pengenalan, sijil akademik dan transkrip serta sijil-sijil lain yang berkaitan melalui e-mel ke psy@yapeim.my.
  2. Sila pastikan alamat e-mel dan nombor telefon untuk dihubungi adalah yang terkini dan aktif.
  3. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.
  4. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam masa enam (6) bulan  daripada tarikh tutup iklan dibuat, permohonan adalah dianggap tidak berjaya.
  5. Tarikh tutup permohonan ialah pada 12 Januari 2024.

Versi PDF -> Klik sini