Iklan Jawatan Kosong Anggota SRT Darul Sasaran Sdn Bhd (TUTUP)


Darul Sasaran (M) Sdn Bhd (DSSB) adalah sebuah syarikat milik penuh YaPEIM Holding Sdn Bhd yang diperbadankan di Malaysia pada 27 Ogos 1993 di bawah Akta Syarikat 1965. DSSB menyediakan khidmatan sokongan kepada aktiviti aktiviti di YaPEIM, IMP dan IBK YaPEIM dalam memberikan perkhidmatan perundingan & pengurusan projek, kontraktor reka & bina, pengurusan keselamatan dan pengurusan penyelenggaraan. DSSB mengalu-alukan pemohon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di DSSB seperti berikut:-

KEKOSONGAN JAWATAN

Anggota SRT di Pusat Kawalan Surveillance, Response & Technical (PKSRT), Kuala Lumpur

MAKLUMAT JAWATAN
Jawatan : Pembantu Pengurus
Kumpulan Perkhidmatan : Eksekutif Sokongan
Gred Jawatan : ES1 hingga ES3
Jumlah Gaji : Gaji Asas RM1,500.00 – 2,000.00
Status Pelantikan : Kontrak selama 3 bulan (tempoh pemantauan). Boleh dinaikan ke Jawatan Sementara dan Tetap bergantung kepada prestasi kerja semasa dalam tempoh pemantauan.

TANGGUNGJAWAB
Bertanggungjawab bagi memastikan sistem keselamatan di premis-premis yang dimiliki oleh pelanggan berada dalam keadaan baik dan terkawal. Membuat aduan kerosakan kepada pihak ketiga dan pegawai SRT dan menghubungi polis sekiranya berlaku sebarang insiden di premis-premis tersebut.

KEPERLUAN PEKERJAAN
i. Warganegara Malaysia dan lelaki yang berumur 21-30 tahun.
ii. Mempunyai Diploma/Sijil dalam bidang-bidang teknikal seperti Teknologi Maklumat / Elektrikal /
Elektronik / Mekanikal yang diiktiraf oleh kerajaan dari institusi pengajian tinggi tempatan/swasta
atau mempunyai kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
iii. Berkemahiran dalam bidang keselamatan adalah merupakan satu kelebihan kepada pemohon.
iv. Bekerja secara shif dan boleh bekerja semasa cuti perayaan dan cuti umum.
v. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh klinik panel YaPEIM dan tiada rekod jenayah.

CARA MEMOHON:
Pemohon yang memenuhi semua keperluan yang dikehendaki seperti di atas hendaklah menghantar
maklumat seperti berikut:-

  1. Resume/Curriculum Vitae (CV) mengandungi maklumat peribadi (termasuk alamat email),
    kelayakan akademik (termasuk salinan dokumen/sijil yang berkaitan), pengalaman kerja dan
    pencapaian dalam bidang yang berkaitan dan gambar berukuran passport.
  2. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar sebelum/pada 04 Julai 2022 di alamat email
    mohdiskandar.pysrt@gmail.com atau menghubungi En. Mohd Iskandar Bin Mohd Nor (017-3706607)
    untuk keterangan lanjut.

Nota:

  1. Hanya pemohon yang berkelayakan sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
  1. Pemohon yang tidak dipanggil temuduga dalam tempoh 6 bulan selepas daripada tarikh tutup
    permohonan bolehlah dianggap permohonannya tidak berjaya.