Foodbank YaPEIM santuni warga TLDM

Lumut, 13 September – “Sudah tentu bantuan barangan keperluan asas Foodbank YaPEIM ini sangat membantu diri saya dan keluarga, bantuan seperti ini adalah yang pertama saya terima. Saya ucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan.”

Kata, Laskar Kanan PRL Deddy Huszaidi Hussin, seorang daripada 250 penerima Program Penyerahan Foodbank YaPEIM di Markas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM, di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau berterima kasih kepada YaPEIM dan TLDM atas bantuan yang disalurkan dan bersyukur kerana terpilih sebagai penerima.

Beliau turut berharap program seumpama ini diperluaskan dari semasa ke semasa bagi membantu golongan yang memerlukan.

Sementara itu, program penyerahan disampaikan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri sendiri di Masjid An-Nur Pangkalan TLDM, di sini.

Turut hadir Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan dan barisan pengurusan YaPEIM.

Program sumbangan turut membabitkan serahan daging segar dan naskah buku ‘Inilah Doaku’ cetakan YaPEIM.