FoodBank YaPEIM 3.0 santuni pelajar Universiti Teknologi Petronas

Seri Iskandar, 5 Julai : Seramai 150 orang pelajar dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) menerima bantuan makanan sedia untuk dimakan (RTE) melalui Program Foodbank YaPEIM 3.0, baru-baru ini.

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, adanya pelajar yang memilih untuk tidak pulang ke kampung halaman kerana beberapa kekangan di rumah dan memilih untuk terus kekal menjalani sesi pembelajaran secara atas talian di kampus / kolej kediaman sahaja.

Maka dengan itu pihak YaPEIM melalui Unit Penyelaras Komuniti YaPEIM Perak, mengambil inisiatif menyumbang makanan sedia untuk dimakan kepada 150 orang pelajar yang telah dikenal pasti oleh pihak UTP.

Sejumlah RM14,400 telah diperuntukkan untuk penyediaan makanan di bawah Program Foodbank YaPEIM ‘Ready to Eat’ di UTP ini dan dijalankan sebanyak 12 sesi yang bermula pada 1 Julai 2021 yang lalu.

Diharapkan dengan perlaksaanaan program ini, dapat meringankan sedikit sebanyak perbelanjaan pelajar yang terbabit dan dengan usaha seperti program ini juga dapat membantu usahawan penyediaan makanan / pihak kafeteria yang turut terjejas secara tidak langsung berikutan perlaksanaan PKP 3.0.

Terima Kasih Kepada Penyumbang Tabung Amanah YaPEIM.