Foodbank YaPEIM 1.0 – Daging Segar Di Surau Nurul Ikhsan Seksyen 6, Shah Alam

SELANGOR 05 Mac 20 – YaPEIM terus menyantuni masyarakat melalui program inovasi Foodbank Daging Segar YaPEIM 1.0

Program yang julung kali diadakan ini dianjurkan dengan KERJASAMA SURAU NURUL IKHSAN Sebanyak 110 orang penerima daripada kelompok B40 telah diraikan dalam majlis tersebut.

Majlis keraian juga turut MENYANTUNI GOLONGAN B40 dengan mengadakan jamuan makan yang melibatkan 40kg Daging yang turut disumbangkan oleh YaPEIM.

Inisiatif YaPEIM memberi daging segar adalah sebahagian daripada proses membentuk masyarakat yang cakna makanan seimbang. Malah dengan pemilihan daging yang mengandungi nutrisi yang tinggi mampu mempercepatkan proses tumbesaran dan baikpulih sel dalam badan.

Program Foodbank YaPEIM 1.0 Daging Segar ini diharap dapat mengimbangi pola pemakanan masyarakat agar dengannya memberi gizi yang seimbang yang membekalkan tenaga yang mencukupi menuju kehidupan yang lebih sihat.

#yapeim #Mac2020 #memacukejayaanbersama #ingatkebajikaningatyapeim #foodbank #b40 #taqy #qurbanyapeim2020 #dagingsegaryapeim #Selangor #suraunurulikhsan #jky