Dua Keluarga Asnaf Mendapat Perhatian YaPEIM

BALOK, 3 JULAI 2020 – SIMPATI dengan nasib yang menimpa dua buah keluarga asnaf di Balok, Pahang, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) tampil menyalurkan sumbangan di bawah Program Inspirasi Musaadah YaPEIM.

Penerima pertama, Rohana Binti Iman, 39 tahun menetap di Kg Balok, merupakan seorang ibu tunggal dan bekerja sebagai pembantu kedai. Beliau yang mempunyai dua orang anak menjaga kedua ibu bapanya yang sakit kronik.

Bagi penerima kedua, Pn Makdiana Binti Ibrahim, berumur 39 tahun, bekerja sebagai pembantu pembersihan di sebuah kilang berhampiran dan mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah.

Kehidupannya sedikit terjejas apabila suaminya mengalami sakit strok sejak 5 tahun lepas. Pendapatannya hanya mampu menampung kehidupan sehariannya dan mengharapkan sumbangan dari masyarakat.

Kedua dua penerima menerima sumbangan wang tunai serta barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula dan lain-lain.

Sumbangan diserahkan oleh Pn Parihah Hasan, Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM. Turut hadir bersama ialah Pengurusan Utama YaPEIM serta Pegawai dari Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Pahang.