Demi Kebaikan Ummah – KSN

16 Julai 2025 – Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM Tuan Abdul Khudus bin Mohd Naaim telah mengadakan kunjung hormat ke atas Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar.

Sesi kunjung hormat tersebut turut disertai Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Haji Zabidi bin Nasan, Ketua Divisyen Kewangan YAPEIM Tuan Azhar bin Ahmad Zaki, Ketua Divisyen Perkhidmatan YAPEIM Tuan Muhamad Khairul Anuar bin Ibrahim dan Ketua Seksyen Libat Urus Pelanggan YAPEIM, Tengku Idzmul Aziim bin Tengku Alang.

Perbincangan antara lain bagi meneroka peluang dan kemampanan operasi serta program YAPEIM secara keseluruhannya. Perbincangan turut merangkumi penerokaan prospek pendanaan yang inovatif bagi memastikan kesejahteraan agenda pembangunan ummah.