YaPEIM, Bank Islam meterai memorandum persefahaman

Putrajaya, 23 September – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) membabitkan beberapa kerjasama strategik yang lebih luas. Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan berkata, YaPEIM berhasrat mengadakan kerjasama strategik dengan BIMB bagi meneroka peluang untuk memperluaskan jangkauan produk dan perkhidmatan kewangan Islam kepada […]

Dr Zulkifli lawat Pusat Pengajian Darul Hasanah

Sandakan, 20 September – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melawat Pusat Pengajian Darul Hasanah di Rancangan Sungai Manila, Batu 12, di sini hari ini. Dalam lawatan itu Dr Zulkifli turut menyampaikan sumbangan tunai kepada semua pelajar tahfiz di pusat pengajian berkenaan selain sumbangan 200 pek […]

Pelajar memerlukan terima bantuan YaPEIM

Shah Alam, 15 September – Program Santuni Prihatin @Rewang Merdeka anjuran Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) yang julung kali diadakan ini menyaksikan menu berasaskan daging dengan 100 kilogram daging lembu segar disediakan untuk direwang yang telah disumbangkan oleh YaPEIM. Selain itu, daging lembu segar dan barang keperluan harian juga dijual pada harga berpatutan […]

192 pelanggan bertuah bawa pulang wafer emas

Petaling Jaya, 07 September – Seramai 192 pelanggan bertuah Ar-Rahnu YaPEIM memenangi satu gram wafer emas setiap seorang dalam Majlis Cabutan Kesetiaan Ar-Rahnu YaPEIM 2020 yang dilakukan di ibu pejabat yayasan itu di sini, hari ini. Kesemua pemenang dipilih bagi kempen cabutan untuk tempoh Julai dan Ogos 2020. Cabutan yang dibuat secara langsung serta ditayangkan […]

Keluarga 9 beranak terharu dibantu MY H.A.U.S YaPEIM

Kota Bharu, 3 September – Tiada kata dapat menggantikan perasaan gembira dan terharu Rashidah Semail, 48, apabila menjadi insan bertuah terpilih dalam Program Inspirasiku MY H.A.U.S di bawah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), hari ini. Wajah ceria jelas terpancar di wajah ibu tunggal anak lapan itu apabila kediamannya di Kampung Parang Puting, Batu 6 […]

Koperasi YaPEIM Berhad adakan mesyuarat agung

Kuala Lumpur, 29 Ogos – Seramai 625 anggota Koperasi YaPEIM Berhad bermesyuarat dalam Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-24 di Pusat Konvensyen Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Cheras, di sini hari ini. Mesyuarat dilangsungkan serentak di 11 lokasi seluruh negara menggunakan aplikasi video ‘Zoom’ yang ditayangkan secara langsung. Mesyuarat dihadiri dan dirasmikan Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM […]

CMASA.MY buka peluang bantu artis veteran

Petaling Jaya, 27 Ogos – “Sebelum ini kami hanya memasarkan produk yang dihasilkan melalui media sosial seperti Facebook, namun selepas mendengar penerangan mengenai platfrom e-dagang CMASA.my, kami mendapat satu peluang baru untuk meningkatkan jualan produk yang terdiri daripada golongan artis veteran.” Pengerusi Yayasan Artis Veteran Malaysia (YAVM), Kismah Johar berkata, taklimat dan penerangan yang diberikan […]

YaPEIM Lancar Bulan Kebangsaan ke-63

Petaling Jaya, 26 Ogos – Merdeka! Merdeka! Merdeka! Tiga kali laungan keramat dilaungkan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Datuk Hj Mohd Redza Shah Abdul Wahid menjadi simbolik kepada pelancaran rasmi Bulan Kebangsaan ke-63 peringkat YaPEIM hari ini. Pelancaran berlangsung di Ibu Pejabat YaPEIM, Bandar Sunway, di sini, menghimpunkan 100 warga […]

Pelancaran Gold Bar Edisi Khas Merdeka YaPEIM Tahun 2020

KUALA LUMPUR, 11 OGOS 2020 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menerusi YaPEIM Gold Sdn Bhd berbesar hati mengeluarkan 4,000 keping Gold Bar Edisi Khas Merdeka 2020 yang ke-63 tahun sempena sambutan kemerdekaan negara kali ini. Kepingan Gold Bar edisi khas yang didatangkan dengan dua koleksi eksklusif seberat 1 gram dijual pada harga serendah […]

250 Keluarga Terima Sumbangan YaPEIM

Kajang, 7 Ogos – Seramai 250 keluarga di sekitar Kampung Sri Jambu dan Taman Muhibah di sini, menerima agihan daging korban serta bantuan barangan keperluan asas bernilai RM50 sempena majlis penutup Program Ibadah Qurban Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) 2020. Pengagihan yang bertempat di Surau An Najah, Kampung Sri Jambu, di sini turut dihadiri […]