Aktiviti utama di YHSB adalah seperti berikut:
1.Pengurusan & Pembangunan Hartanah
- Pengurusan Hartanah dan Pembangunan Tanah YaPEIM, Institusi Milik Penuh YaPEIM (IMP), dan Institusi di Bawah Kawalan (IBK) YaPEIM berpusat di YHSB.
2. Pengurusan Takaful
- Pengurusan Takaful bagi pelaksanaan Ar Rahnu YaPEIM dan produk berkaitan emas.
- Pengurusan Polisi Takaful Kemalangan Diri Berkelompok (GPA) dan Polisi Takaful Hayat Berkelompok (GTL) ke atas semua warga kerja YaPEIM/IMP/IBK yang sedang berkhidmat termasuk Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM.
3. Pelaburan & Pendanaan
- Pengurusan peningkatan sumber modal bagi pelaksanaan dan pengukuhan Program Mikro Kredit Ar Rahnu YaPEIM.
- Penambahan dana baru bagi pengukuhan projek sedia ada.
4. Pengurusan Teknologi Maklumat & Pendigitalan
- Perkhidmatan ICT secara berpusat dan pelaksanaan inovasi dan pendigitalan ke atas semua produk dan perkhidmatan YaPEIM,IMP dan IBK.
- Pemantapan Aplikasi dan penggunaan Sistem.
- Pengukuhan Infrastruktur ICT yang stabil dan selamat.
- Pelaksanaan Digital Business