Balu mangsa kemalangan tragik dibantu YaPEIM

Kulai, 18 Oktober – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) menyampaikan sumbangan Musaadah COVID-19 (Foodbank) kepada Nurul Asyiken Amir, 31, di Taman Sayong Pinang, Bandar Tenggara, di sini, kelmarin yang baru sahaja kehilangan suaminya baru-baru ini akibat kemalangan jalan raya.

Arwah, Mohd Rizal Buseri, 31 maut ditempat kejadian apabila kenderaan yang dinaikinya dirempuh sebuah kenderaan lain di Jalan Harimau Tarum, Johor Bahru, Johor.

Arwah meninggalkan seorang balu dan tiga orang cahaya mata, Nur Amani, 5, Muhammad Sayyid Iman, 2, dan Muhammad Yusuf Zayyan yang baru berusia sembilan bulan.

Bantuan yang disalurkan YaPEIM kali ini berupa barangan keperluan harian seperti beras, tepung, minyak, susu dan wang tunai bernilai RM100.

Selain daripada bantuan yang diserahkan, Asyiken juga memohon bantuan tunai sara hidup melalui progam Sinar Kasih bagi meringankan beban beliau bagi menyara dan membesarkan kesemua anaknya.

Sumbangan telah diserahkan Pegawai Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN) Johor kepada penerima bantuan.

Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan beban penerima.

Terima Kasih Penyumbang Tabung Amanah YaPEIM.