Program Infaq Qurban YaPEIM bersama komuniti Kampung Kilang Berapi Utara, Merlimau

Kampung Kilang Berapi Utara, Merlimau telah dipilih oleh YaPEIM melalui Program Pembangunan Komuniti YaPEIM (PPKY) bagi pengagihan sumbangan bersempena sambutan Aidiladha baru-baru ini. Sumbangan berupa dua ekor lembu serta barangan foodbank kepada 50 penerima dan wang tunai menerusi program Inspirasi Prihatin YaPEIM kepada 5 penerima. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pn. Jasni binti Othman, Ketua […]

Sumbangan Program Ziarah Madani YaPEIM

Sempena Hari Raya Aidiladha 1445H, YaPEIM menerusi Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Kedah & Perlis telah melaksanakan Program Ziarah Madani (PZM) YaPEIM bertempat di Masjid Al-Ihsan, Kg Tupai, Sik Kedah baru-baru ini. Program PZM ini meliputi Program Infaq Qurban YaPEIM, Program Foodbank, serahan sumbangan Pendidikan dan Program sumbangan musibah/ bencana. Kos keseluruhan program adalah sebanyak RM24,600. […]

YaPEIM anjur Program Infaq Qurban di Sabah

Sempena Hari Raya Aidiladha, YaPEIM menerusi Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Sabah telah melaksanakan Program Infaq Qurban YaPEIM 2024 bertempat di Masjid Al-Fattah Kg. Pulau Nunuyan Laut, Sandakan, Sabah baru-baru ini. Program bermula dengan acara penyembelihan seekor lembu yang disumbangkan oleh YaPEIM dan proses melapah turut diadakan secara bergotong-royong dengan penglibatan orang-orang kampung. 188 pek bakul […]

Program Korban Perdana YaPEIM 1445H

Tumpat, 20 Jun 2024 – Sebanyak dua ekor lembu telah diinfak oleh YaPEIM kepada pelajar SK Pulau Beluru, Kg. Teluk Renjuna pada tahun ini menerusi Program Korban Perdana YaPEIM 1445H bersempena dengan Program Pembangunan Komuniti YaPEIM (PPKY). Program bermula seawal jam 6.30 pagi bagi acara penyembelihan lembu dan aktiviti melapah daging korban. Orang kampung, guru-guru […]

Anak-anak tahfiz diraikan dalam Program Infaq Qurban YaPEIM 2024

20 Jun 2024 – Pagi ini Madrasah Tahfiz Darul Mokhtar, Gombak menerima kunjungan Pengurusan YaPEIM bagi meraikan Program Infaq Qurban YaPEIM 2024 yang juga di bawah Program Ziarah Madani YaPEIM. Program yang bermula seawal jam 8 pagi disempurnakan oleh Ketua Divisyen Sumber Daya Insani Dan Perkhidmatan YaPEIM, Encik Nik Azlan bin Nik Abdullah. YaPEIM menyumbang […]

Asnaf, pelajar miskin terima bantuan YaPEIM

19 Jun 2024 – Pengurusan YaPEIM pagi ini singgah di Seksyen 4 Bangi untuk meraikan Program Ibadah Qurban YaPEIM 2024. Program yang dianjur dengan kerjasama Rumah Bakti Al-Kausar itu disempurnakan oleh Ketua Divisyen Tadbir Urus YaPEIM Encik Rozaidie bin Mustaffa. Seramai 100 dalam kalangan asnaf menerima sumbangan daging qurban, 30 pelajar menerima bantuan tunai RM100 […]

YaPEIM sumbang dua ekor lembu, anjur ibadah qurban di perkampungan Orang Asli

18 Jun 2024 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) berbesar hati menyumbang dua ekor lembu dan menyalurkan bantuan Foodbank kepada 200 keluarga masyarakat Orang Asli dari Batu 12 Gombak, Selangor. Sumbangan yang juga sebahagian daripada Program Ibadah Qurban YaPEIM 2024 telah berlangsung di Musolla Al-Hidayah Bukit Kala, Batu 12 Gombak hari ini dan disempurnakan […]

Ziarah keluarga ditimpa musibah kebakaran di Jasin

Sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka dijilat api dalam kebakaran yang berlaku pada jam 4 pagi beberapa hari yang lepas akibat litar pintas. Namun keluarga tersebut yg terdiri daripada sepasang suami isteri, anak serta seorang cucu bersyukur tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Pejabat Pentadbiran YaPEIM Negeri Melaka dan Negeri Sembilan diwakili 3 Pegawai […]

14 guru pakar hasilkan video pembelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah

5 Jun 2024 – Seramai 14 guru pakar masing-masing bagi subjek Sejarah dan Bahasa Melayu telah menghasilkan 56 video (30 Sejarah) dan (26 Bahasa Melayu) yang dapat memanfaatkan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2024. Penghasilan video yang dijayakan dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bermula pada 26 Mei 2024 sehingga 2 Jun 2024 […]

3,000 usahawan sertai Halal on Track di Johor

4 Jun 2024 – Kira-kira 3,000 usahawan pelbagai kategori industri, agensi, institusi dan kementerian berkaitan pembangunan usahawan terlibat dalam Program Halal on Track (HOT) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru, hari ini. Program anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia […]