Teras Bisnes Sosial

YaPEIM terus kukuh dengan konsep At-Tawarruq, menggantikan konsep semasa yang digunakan sebagai transaksi urusniaga gadaian dalam pelaksanaan Program Mikro Kredit Ar Rahnu YaPEIM.

YaPEIM merupakan peneraju dalam perkhidmatan Mikro Kredit Ar Rahnu sejak tahun 1993 melalui Bank Kerjsama Rakyat Malaysia Berhad  (Bank Rakyat) dan seterusnya pada tahun 2000 melalui Koperasi YaPEIM Berhad (KYB). 

Antara tujuan utama di sebalik penubuhan perniagaan melalui program Ar-Rahnu ini adalah untuk memperkasakan lagi tahap ekonomi ummah dan juga YaPEIM sendiri agar lebih mapan dan mampu menjana pembangunan sosial ekonomi masyarakat.

Mulai 7 Februari 2020 bersamaan 16 Jamadilakhir 1441 (Jumaat), serentak di kesemua cawangan Ar Rahnu YaPEIM seluruh Malaysia telah mengaplikasikan konsep At-Tawarruq melalui penawaran produk seperti berikut :

  1. Ar Rahnu Prestij YaPEIM (tujuan umum)
  2. Ar Rahnu Emas YaPEIM (pemilik produk emas YaPEIM Gold)
  3. Ar Rahnu Bisnes YaPEIM (modal perniagaan)
  4. Ar Rahnu Didik YaPEIM (tunai untuk pendidikan)

Pelaksanaan konsep baru ini adalah berdasarkan Pematuhan Syariah yang digariskan selaras dengan keputusan Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (MPS BNM), 2018-2019, dalam Polisi Dokumen (PD) Rahn. Konsep At-Tawarruq ini merupakan dimensi penting kepada perkhidmatan Mikro Kredit Ar Rahnu YaPEIM yang senantiasa peka dengan perkembangan muamalat Islam dan terus ditambahbaik dari semasa ke semasa.

CAWANGAN

0
Cawangan Tetap
0
Bas

(Kaunter Bergerak)

0
Van

(Kaunter Bergerak)

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi ibu pejabat Ar Rahnu YaPEIM seperti berikut :

Koperasi YaPEIM Berhad (Ar Rahnu YaPEIM)
Bangunan Pusat Teknologi dan Inovasi Antarabangsa YaPEIM,
No. 58 & 60, Jln Kg Attap
50460 KUALA LUMPUR

No Telefon : 03-2272 3597

Hotline : 1300-88-1230

Email : arrahnu@yapeim.my

Website : www.arrahnuyapeim.net

ms_MYMalay