Aidilfitri MADANI YAPEIM Di Sarawak Disambut Meriah, Salur Sumbangan RM46,500

26 April 2025 – YAPEIM telah mengadakan Sambutan Aidilfitri MADANI YAPEIM Peringkat Negeri Sarawak di SMK Agama Matang 2 dengan suasana meriah dan ceria.

Program kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Adun N4 Pantai Damai YBhg. Datuk Dr. Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi.

Beliau yang hadir pada majlis tersebut turut menyempurnakan serahan sumbangan berjumlah RM46,500 bagi program Aidilfitri MADANI YAPEIM.

Bantuan yang disalurkan berupa bantuan sumbangan institusi pembangunan kapasiti kepada Masjid An Najah berjumlah RM5,000; sumbangan Aidilfitri kepada 50 keluarga berjumlah RM10,000; sumbangan Aidilfitri (Institusi) kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak berjumlah RM5,000 serta sumbangan bantuan Aidilfitri RM10,000 kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan majlis keraian Aidilfitri dan kemasyarakatan berjumlah RM16,500.

Turut hadir Pengarah/Ketua Divisyen Projek Khas 1 Tuan Rozaidie bin Mustaffa dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam Tuan Haji Hossen bin Haji Marip.

Sehingga hari ini, program Aidilfitri MADANI YAPEIM telah singggah di tujuh negeri bagi menyalurkan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan.