Bangi, 29 Oktober 2025 – YAPEIM hari ini telah menyumbangkan sejumlah RM29,100 kepada Sekolah Rendah Islam Integrasi Bangiku (SRIIB).
Sumbangan ini adalah dibawah teras Pembangunan Pendidikan YAPEIM dalam pembangunan Modul Mini Tahfiz Al Falah dan bantuan infrastruktur.
Inisiatif modul mini tahfiz ini adalah bagi memperkasa pandidikan Islam yang seimbang dan berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi Pelan Transformasi Al- Falah dan gagasan Malaysia MADANI.
Majlis Peluncuran Modul Mini Tahfiz Al Falah ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) di Kompleks Islam Pendidikan Bangi, Selangor.
Tuan Haji Zabidi bin Nasan Ketua Pengarah YAPEIM, mewakili pihak YAPEIM hadir menyampaikan cek cura sebagai simbolik sumbangan YAPEIM kepada SRIIB.
Turut hadir ke majlis En. Muhamad Khairul Anuar bin Ibrahim, Ketua Divisyen Sosioekonomi YAPEIM serta pegawai YAPEIM.









