QSR Brands perkukuh kerjasama bersama YAPEIM
Kuala Lumpur, 8 Oktober 2025 – Ketua Pengarah YAPEIM, Tuan Haji Zabidi bin Nasan telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi QSR Brands yang diketuai oleh Ketua Pegawai Penjenamaan, Encik Ridzwan Othman.
Pertemuan ini membincangkan pelbagai aspek potensi kerjasama strategik, khususnya dalam menjalin hubungan jangka panjang yang berasaskan nilai dan berpotensi tinggi untuk diterokai, termasuk inisiatif pendanaan korporat.
Encik Ridzwan Othman menyatakan keyakinan bahawa kerjasama antara QSR Brands dan YAPEIM mampu memberikan nilai tambah yang signifikan serta manfaat bersama kepada kedua-dua institusi.
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Ketua Pegawai Pematuhan Halal dan Syariah, Ustaz Hayazi Darus serta Eksekutif Kanan Jualan dan Acara, Puan Shariffah Salwa.




