YAPEIM tandatangani Memorandum Persefahaman bersama Yayasan DiRaja Sultan Mizan

Kuala Lumpur, 28 September 2025 – YAPEIM dan Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman bagi kerjasama strategik dalam pembangunan rumah bantuan yang disebut Program Sinar Lestari YAPEIM, pembangunan keusahawanan, pembangunan kemasyarakatan dan pembangunan pendidikan.

Keberangkatan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu ke majlis disambut YBhg. Dato’ Haji Mohd Fadzli bin Yusof, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, barisan LPA serta pimpinan YDSM.

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman ini disaksikan oleh Baginda Tuanku selaku Pengerusi YDSM bertempat di ibu negara.

Bagi majlis menandatangani Memorandum Persefahaman ini, YAPEIM diwakili YBrs.Tuan Abdul Khudus bin Haji Naaim, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM dan Prof. Dato’ Dr. Saadiah binti Mohamad, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM manakala YDSM diwakili YBhg. Dato’ Haji Mohd Fadzli bin Yusof dan Dato’ Haji Azizulrahim bin Ahmad Zambri, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM.

Majlis turut dihadiri YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Tuan Haji Zabidi bin Nasan, Ketua Pengarah YAPEIM.

Objektif Memorandum Persefahaman ini adalah menjalinkan kerjasama untuk membina jaringan dan platform strategik bagi manfaat kumpulan sasar serta meningkatkan dengan segera kualiti hidup kumpulan sasar.