Sekitar Program Forum Perdana Ehwal Islam yang berlangsung di Masjid Aishah, Pulau Langkawi, malam tadi. YAPEIM turut menyumbangkan keraian sebagai sokongan kepada penganjuran aktiviti kemasyarakatan dan pengimarahan masjid.
Turut hadir Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar dan Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Haji Zabidi bin Nasan.






