Lawatan Kunjung Hormat YAPEIM dan YAPEIM Gold Sdn. Bhd. (YGSB) ke Yayasan Pahang (YP)

Ketua Divisyen Kewangan YAPEIM, Encik Azhar bin Ahmad Zaki bersama-sama pengurusan YAPEIM dan YAPEIM Gold Sdn. Bhd. (YGSB) telah mengadakan lawatan kunjung hormat ke Ibu Pejabat Yayasan Pahang (YP) pada hari ini.

Kunjung hormat tersebut telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif YP, Dato’ Indera Mahmud bin Mohd Nawawi bersama barisan pengurusan YP. Lawatan ini bertujuan mengukuhkan lagi hubungan strategik antara YAPEIM dan YP agar kerjasama yang telah terjalin dapat diteruskan pada masa akan datang. Di samping itu, kunjungan ini turut menjadi platform untuk meneroka peluang kerjasama dan kolaborasi strategik baharu yang bersesuaian antara kedua-dua pihak.

Di akhir sesi lawatan, YAPEIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YP atas kesudian meluangkan masa dan menerima kunjungan hormat ini. Semoga jalinan kerjasama yang terbina akan terus utuh dan memberi manfaat bersama.