Sekitar Majlis Mahabbah Aidilfitri Madani Agensi Hal Ehwal Agama 2025/1446H yang berlangsung meriah di Kompleks Islam Putrajaya, semalam.

Kesemua 14 agensi hal ehwal agama terlibat dalam majlis Aidilfitri ini yang dianjurkan sebagai manifestasi kasih sayang dan kebersamaan dalam keluarga besar agensi hal ehwal agama.

Majlis diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar dan Timbalannya YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan.

Dalam majlis ini turut berlangsung sumbangan duit raya kepada para pelajar asnaf daripada Dar al-Hikmah, Kampung Sungai Ramal, Kajang dan Peluncuran Program Ibadah Korban oleh Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Agama (PKPU).