Papar, 25 Februari 2026 – Seramai 300 murid di daerah ini disantuni melalui Program Ramadan Madani YAPEIM dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datuk Mustapha melibatkan sumbangan berjumlah RM30,000 (bantuan pendidikan), RM18,000 (majlis berbuka) dan RM5,000 (bantuan infra).
Kesemua murid yang dibantu ini merupakan dalam kategori asnaf / B40 melibatkan 6 buah sekolah iaitu SK Beringis, SK Kawang, SK Mook Kinarut, SK Pekan Kinarut, SMK Kinarut dan SMK Agama Tun Datuk Mustapha menerima bantuan tunai bernilai RM100.
Selain itu, SMK Agama Tun Datuk Mustapha juga menerima sumbangan berjumlah RM5,000 untuk baikpulih surau mereka melalui Bantuan Infra.
Program ini dimulakan dengan pengisian rohani iaitu penyampaian ceramah oleh Ustaz Hafiz Bin Datuk DR.Hamzah AL-Hafiz (B.S.K). Majlis diakhiri dengan berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah.









