Program Inspirasi Pendidikan YaPEIM

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Jalil Shah di Perak telah menjayakan Program Celik Kendiri YaPEIM dengan menganjurkan Program Pecutan Akhir SPM 2023 bagi pelajar tingkatan lima yang akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.

Pengisian bagi program ini dengan memberi fokus dan penekanan kepada subjek-subjek teras seperti Matematik, Sejarah dan Bahasa Inggeris. Seramai 100 orang calon SPM dengan dibimbing oleh 3 orang guru telah terlibat dalam program ini.

Pada akhir program tersebut telah diadakan Majlis Penutup Pecutan Akhir SPM 2023 yang dihadiri oleh wakil Penyelaras Komuniti YaPEIM Negeri Perak. YaPEIM berbesar hati menyumbangkan wang tunai sebanyak RM2,000 bagi perjalanan program ini.

Pihak SMK Sultan Abdul Jalil Shah mengucapkan ribuan terima kasih kepada YaPEIM atas kerjasama yang dihulurkan dalam menganjurkan program tersebut dan berharap para pelajar akan menerima manfaat yang semaksimumnya.

Program ini dilaksanakan hasil daripada sumbangan orang ramai melalui Skim Infaq Gaji YaPEIM.

Terima kasih penyumbang Tabung Amanah YaPEIM.