Modul Inspirasi Pendidikan YaPEIM bantu lonjak prestasi sekolah

Oleh : Azim Fitri Abd Aziz

“Jika sebelum ini sekolah kami tergolong dalam tiga sekolah tercorot di Sabak Bernam tapi dengan bantuan modul Bahasa Melayu dan Sejarah yang diberikan pihak YaPEIM ianya sangat membantu sehingga keputusan SPM pada tahun 2021 meningkat luar biasa. Meningkat 0.89 peratus dari segi GPS.”

Itu pengakuan ikhlas dibuat Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap, Iskandar Muriani berkenaan Modul Inspirasi Pendidikan YaPEIM yang diedarkan di beberap buah sekolah terpilih di seluruh negara.

Guru dan pelajar SMK Bagan Terap bergambar bersama modul Inspirasi Pendidikan YaPEIM 2022 – Foto Ridzuan Abas

Katanya, YaPEIM telah membantu sekolahnya sejak tahun lepas lagi dengan mengedarkan modul pembelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah untuk digunakan calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan alhamdulillah hasilnya cukup mengejutkan.

Pengetua berusia 55 tahun itu memberitahu, sebelum ini sekolahnya tergolong dalam kategori tiga tercorot namun keputusan SPM 2021 menunjukkan peningkatan yang cukup ketara di mana kini SMK Bagan Terap berada dalam kategori dua sekolah terbaik di daerah Sabak Bernam.

“Maklum balas daripada guru-guru mereka sangat gembira. SPM 2021 SMK Bagan Terap melonjak daripada sekolah yang tercorot kepada sekolah kedua terbaik di daerah Sabak Bernam.

Pelajar SMK Bagan Terap berpuas hati dengan Modul Inspirasi Pendidikan YaPEIM 2022 yang diterima – Foto Ridzuan Abas

“Maklum balas daripada guru-guru mereka sangat gembira. SPM 2021 SMK Bagan Terap melonjak daripada sekolah yang tercorot kepada sekolah kedua terbaik di daerah Sabak Bernam.

Iskandar berkata, modul Bahasa Melayu dan Sejarah diedarkan sangat membantu dan berharap modul-modul itu diperluaskan kepada subjek lain.

Pelajar SMK Bagan terap menunjukkan modul Insprasi Pendidikan YaPEIM 2022 yang diterima – Foto Ridzuan Abas

Beliau berkata, untuk tahun ini pihak sekolah sudah berada pada fasa akhir untuk mempersiapkan pelajar bagi menghadapi peperiksaan SPM termasuk mengadakan kelas tambahan.

Untuk tahun 2022 seramai 134 calon SMK Bagan Terap akan menduduki peperiksaan SPM. SMK Bagan Terap kini mempunyai 73 guru.