JOM MERIAHKAN YAPEIM RUN 2026 DI PUTRAJAYA!

Sertai YAPEIM RUN 2026 bersama keluarga dan sahabat-sahabat dalam acara penuh semangat, kesihatan dan kebersamaan! Pilih kategori 21KM Half Marathon, 10KM Race, 5KM Briskwalk / Run atau 3KM Briskwalk / Run dan nikmati pengalaman berlari di sekitar bandar ikonik Putrajaya. Pelbagai aktiviti menarik turut menanti seisi keluarga di tapak acara, termasuk Senamrobik, Suppa Duppa Family […]

Kenyataan Media : YAPEIM Salur Sumbangan RM45,000 Kepada Mangsa Nahas Kemalangan Gerik

JERTIH, 5 JULAI 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan sumbangan berjumlah RM45,000 di bawah Program YAPEIM Prihatin kepada semua mangsa nahas tragedi kemalangan bas di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), Gerik, Perak pada 9 Jun lepas. Melalui pelaksanaan Program Ziarah MADANI PEDULI pada hari ini, sejumlah RM10,000 telah disumbangkan kepada 5 […]

Kenyataan Media : Ibu Pejabat YAPEIM Berpindah ke Menara Ochre, Putrajaya

PUTRAJAYA, 3 Mac 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) ingin memaklumkan bahawa Ibu Pejabat YAPEIM mula beroperasi di lokasi baharu di Menara Ochre @ Alamanda di Putrajaya pada hari ini, 3 Mac 2025. Sebelum ini YAPEIM telah beroperasi hampir lima tahun di Mentari Business Park, Bandar Sunway di Petaling Jaya, iaitu sejak Julai […]

Kenyataan Media : YAPEIM Nafi Keluar Iklan Tawaran Bangunkan Hartanah, Minta Masyarakat Berwaspada

BANDAR SUNWAY, 20 Februari 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menafikan sebarang bentuk iklan yang menawarkan cadangan untuk membangunkan projek perumahan di tanah PJ Perdana, Paroi, Negeri Sembilan yang dikesan cuba memperdayakan orang ramai menerusi aplikasi WhatsApp baru-baru ini. Aktiviti yang bertujuan untuk menipu orang ramai itu mula dikesan selepas satu pesanan tangkap […]

Kenyataan Media Pengumuman Pengerusi YAPEIM Yang Baharu

Kenyataan media oleh Tuan Ameer Ali bin Vali Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah mengenai pengumuman pelantikan pengerusi YAPEIM yang baharu. Muat turun di sini: https://www.yapeim.my/wp-content/uploads/2025/01/Kenyataan-Media-Pengumuman-Pelantikan-Pengerusi-YAPEIM-Yang-Baharu.pdf

Kenyataan Media – Pelantikan Ketua Pengarah YaPEIM yang baharu

KUALA LUMPUR – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) mengumumkan pelantikan Mohd Ridzal Mohd Sheriff sebagai Ketua Pengarah YaPEIM yang baharu berkuatkuasa 13 Ogos lalu. Mohd Ridzal, 56 tahun, memiliki pengalaman luas menjangkau 30 tahun dalam bidang perbankan dan pasaran modal, serta beberapa tahun di dalam agensi kerajaan. Beliau dilantik memegang jawatan tersebut, secara lantikan […]

Inspirasi Qaseh Kami – Agihan 01 Januari hingga 30 Jun 2021

Terima kasih kepada semua penyumbang Tabung Amanah YaPEIM.Semoga tuan/puan terus menyokong kami dalam membawa “INSPIRASI QASEH KAMI” kepada mereka kerana anda semua adalah “KAMI”. Mari kita sama-sama bersedekah dengan menyumbang dalam Kempen Inspirasi Qaseh MyHaus bagi membantu membina dan membaik pulih kediaman mereka yang memerlukan. Klik link berikut untuk menyumbang – https://qaseh.digitalyapeim.com