UPSI terima suntikan pendidikan RM966,000

Slim River, 6 Januari : Warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menzahirkan rasa bertuah selepas menerima suntikan bantuan dana pendidikan berjumlah RM966,000 sejak September 2020. Bantuan ini merupakan pelaksanaan tanggungjawab Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dalam usaha mendokong hasrat melahirkan golongan intelektual dalam kalangan generasi belia menerusi Bantuan Pendidikan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku). Menteri […]

UMT, UniSZA terima Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) YaPEIM RM636,500

Kuala Terengganu, 30 Disember – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini masing-masing menerima bantuan Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) YaPEIM berjumlah RM636,500. Sumbangan disampaikan sendiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kepada dua universiti terbabit yang mana UMT menerima RM340,000 untuk […]

Terima Kasih Penyumbang!

Sehingga 27 Mei 2020, Penerima Bantuan Dana Inspirasi Malaysia bagi Fasa 1 adalah seramai 32,077 orang. Bayaran Inspirasiku ini adalah tertakluk kepada Jumlah semasa Dana yang disumbangkan oleh Masyarakat & Badan Korporat. Terima Kasih kepada Para Penyumbang Tabung Amanah YaPEIM.

Apa Yang Anda Boleh Lakukan Dengan RM1 ?

Jawapannya adalah membantu pendidikan para pelajar B40. Tidak mustahil bukan? Bayangkan dengan sumbangan RM1 anda itu, anda mampu menjadikan mereka insan berjaya kelak. Sumbangan anda sekurang-kurangnya bakal memberikan simpulan senyuman yang menyimpan beribu rasa di jiwa mereka. Hak belajar mereka, tanggungjawab kita semua. Jom derma hanya melalui hujung jari saja. Sambil-sambil duduk di rumah bersama […]

Duduk Di Rumah Pun Boleh Bersedekah ?

Ya. Walaupun kini kita perlu mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, ia tidak menghalang anda untuk meningkatkan pahala bersedekah kerana ia semudah di hujung jari. Sumbangan anda pasti akan membantu pendidikan anak-anak yang kurang berkemampuan agar mereka tidak tersisih dalam pembelajaran dek kekangan kewangan. Dengan adanya sumbangan dari anda, ia bakal memberikan kegembiraan kepada mereka. JOM DERMA. […]

Salam Jumaat Penuh Berkat – “Jom Derma”

Kempen Derma RM1 Untuk Dana Inspirasi Malaysia (INSPIRASIKU) adalah inisiatif bagi mengajak masyarakat dan memperluaskan lagi sumbangan Dana Inspirasi Malaysia. Ayuh semua pihak yang prihatin daripada pelbagai latarbelakang tidak mengira bangsa dan agama bersama-sama kita menjayakan Kempen Derma RM1 Terima kasih atas sokongan anda #yapeim #memacukejayaanbersama #mac2020 #ingatkebajikaningatyapeim #dermaseringgitseorang #danainspirasimalaysia #inspirasiku #salamjumaat

Dana Inspirasiku YaPEIM terima sambutan luar jangka

PUTRAJAYA: Dana Inspirasi Malaysia (Inspirasiku) yang diwujudkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) bagi membantu pelajar dari keluarga berpendapatan rendah B40 menerima sambutan di luar jangkaan apabila permohonan diterima melebihi sasaran 40,000 orang. Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan, berkata borang permohonan bagi pelajar sekolah sudah diedarkan di semua 203 cawangan Ar-Rahnu YaPEIM di seluruh […]