Tahniah Dr. Zulkifli bin Hasan!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan atas pelantikan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkuat kuasa pada 17 Disember 2025. Ikhlas daripada:Pengerusi dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah,Ketua Pengarah,Pengurusan Utama,dan Warga Kerja YAPEIM

YAPEIM & PNB bersama membantu mereka yang terjejas banjir

9 Disember 2025 – Program Penyerahan Bantuan Musibah/Banjir 2025/2026 telah diadakan di Dewan Orang Ramai, Kodiang, Kedah. YAPEIM bersama PNB terus turun padang menyantuni masyarakat terjejas banjir melalui agihan Food Bank kepada komuniti di dua mukim:• Mukim Jeram: 112 penerima• Mukim Keplu: 72 penerima Jumlah Benefisiari: 184 orangJumlah Sumbangan: RM18,400 Pelaksanaan turut dibantu oleh JPKK, […]

YAPEIM Sumbang RM32,600, Beri Manfaat Kepada Pelajar

Seberang Jaya, 29 November 2025 – Seramai 326 pelajar yang dikenal pasti akan menerima manfaat hasil sumbangan bantuan pendidikan berjumlah RM100 setiap seorang yang diserahkan YAPEIM kepada Pejabat Pendidikan Daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara. Majlis serahan cek cura disempurnakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YAPEIM Tuan Abdul Khudus bin Mohd Naaim kepada wakil […]

PMX saksi kerjasama USAS-YAPEIM, manfaat masyarakat terbanyak

Permatang Pauh, 8 November 2025 – Hampir RM800,000 disalur YAPEIM kepada komuniti masyarakat yang memerlukan menerusi penganjuran program Komuniversiti Kolaboratif antara Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dan YAPEIM di Kampung Cherok Tok Kun, di sini, yang dirasmikan oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Utama Anwar bin Ibrahim, hari ini. Sesi pertukaran memorandum persefahaman (MoU) yang […]

YAPEIM Salur Sumbangan RM50,000 kepada Briged Bakti Malaysia (BBM)

Kerteh, Terengganu | 4 Nov 2025 — Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) terus komited dalam menyokong pembangunan sahsiah dan kepimpinan belia dengan menyerahkan sumbangan bernilai RM50,000 kepada Briged Bakti Malaysia (BBM) sempena Karnival Pasukan Badan Beruniform BBM 2025 yang berlangsung di Pusat Latihan FELDA Kerteh, Terengganu. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pengarah YAPEIM, Tuan […]

Ar Rahnu YAPEIM Raih Anugerah Julung Kali Dalam Tempoh 25 Tahun – Most Preferred Brand, Shariah Financial – Economic Empowerment 2025

Kuala Lumpur, 31 Oktober 2025 – Detik bersejarah tercipta buat Ar Rahnu YAPEIM apabila jenama unggul pajak gadai Islam negara itu menerima Anugerah Most Preferred Brand, Shariah Financial – Economic Empowerment 2025, pada Majlis The BrandLaureate Awards 2025 Edisi Khas Ulang Tahun Ke-20, malam tadi. Lebih bermakna, anugerah berprestij ini merupakan pengiktirafan julung-julung kali diterima […]

YAPEIM sumbang RM29,100 kepada Sekolah Rendah Islam Integrasi Bangiku (SRIIB)

Bangi, 29 Oktober 2025 – YAPEIM hari ini telah menyumbangkan sejumlah RM29,100 kepada Sekolah Rendah Islam Integrasi Bangiku (SRIIB). Sumbangan ini adalah dibawah teras Pembangunan Pendidikan YAPEIM dalam pembangunan Modul Mini Tahfiz Al Falah dan bantuan infrastruktur. Inisiatif modul mini tahfiz ini adalah bagi memperkasa pandidikan Islam yang seimbang dan berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi […]

YAPEIM, IKIM perkukuh jalinan strategik menerusi kunjung hormat

Kuala Lumpur, 21 Oktober 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) meneruskan langkah memperkukuh jaringan strategik apabila mengadakan kunjung hormat ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), hari ini. Kunjungan diketuai Ketua Pengarah YAPEIM Tuan Haji Zabidi bin Nasan dan disambut mesra oleh Ketua Pengarah IKIM Prof. Madya Dato’ Dr. Mohamed Azam bin Mohamed Adil […]

YAPEIM hulur bantuan kepada mangsa ribut di Kuala Langat

Kuala Langat, 17 Oktober 2025 – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) menyalurkan sumbangan berjumlah RM33,000 kepada mangsa bencana ribut yang melanda kawasan Srijangkang, Kuala Langat baru-baru ini. Serahan sumbangan telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar. Sumbangan ini merangkumi […]