YaPEIM Matang Di Usia 38 Tahun, Tangani Cabaran Kekal Relevan

Tempoh 38 tahun merupakan suatu jangka masa yang cukup lama dalam mematangkan sesebuah institusi. Jika dibandingkan dengan kehidupan manusia pastinya pelbagai pencapaian dan kejayaan telah dikecapi pada usia itu. Begitu juga bagi Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang genap berusia 38 tahun pada hari ini (20 Julai 2022) di mana pelbagai agenda telah dilaksanakan […]

Peranan YaPEIM Dalam Memperkasakan Wanita

Hari Wanita Sedunia merupakan hari bagi menghargai dan mengiktiraf kejayaan yang diperoleh golongan wanita di seluruh negara tanpa mengira latar belakang, etnik, bahasa, budaya, ekonomi mahupun politik. Hari yang bermakna ini didedikasikan kepada wanita apabila ia disambut pada 8 Mac setiap tahun sebagai mengenang serta menghargai peranan kaum hawa dalam turut sama membangunkan generasi. Yayasan […]

Rangkuman Tahunan YaPEIM 2020

Tahun 2020 hampir melabuhkan tirainya namun pastinya pelbagai warna warni sudah tersemat pada kalendar aktiviti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) sepanjang tahun ini. Program Foodbank YaPEIM 2.0 antara yang aktif dalam menyantuni golongan sasar di mana sejak 1 Januari hingga 31 Disember 2020 ia telah memberi manfaat kepada 641,000 penerima dengan jumlah perbelanjaan sebanyak […]

YaPEIM Lahir Usahawan Berkualiti, Berdaya Saing

Usahawan didefinisikan sebagai individu yang mengusahakan sesuatu perniagaan serta sanggup menanggung risiko perniagaan yang diceburinya. Peranan usahawan amat besar dalam pertumbuhan ekonomi serta pembangunan sosial sesebuah negara. Banyak faktor menyebabkan seseorang itu memilih untuk menjadi usahawan sekali gus terbabit dalam dunia keusahawanan yang penuh mencabar, salah satunya adalah melihat perniagaan sebagai satu sumber rezeki serta […]

Wafer Emas Asma ‘ul Husna, Dinar Emas Taruhan Terbaru YaPEIM Gold

YaPEIM Gold Sdn Bhd yang juga institusi milik penuh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) terus ke hadapan dalam menjadi pelopor kepada urus niaga barangan kemas di negara ini melalui jenama YaPEIM Gold. Terbaru YaPEIM Gold Sdn Bhd memperkenalkan produk Dinar Emas 999.9 dan Wafer Emas Edisi Asma ‘Ul Husna yang mampu menarik minat orang […]

Ibu Tunggal Syukur Terima Manfaat Inspirasku My H.A.U.S

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Itu yang boleh disimpulkan terhadap kehidupan keluarga Rashidah Semail, 48, selepas kematian suaminya pada Mac lalu akibat serangan jantung. Rashidah yang menetap di rumahnya di Kampung Parang Puting, Batu 6 Setengah, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan hanya mengharapkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta upah menjahit bagi meneruskan […]

Ar Rahnu YaPEIM Online Langkah Permulaan Ke Arah Pendigitalan Holistik

Harus diakui era teknologi maklumat dan pendigitalan banyak memberi impak besar dalam kehidupan masyarakat, baik dari segi pendidikan, sosial, ekonomi, politik mahupun komunikasi sejagat. Perubahan ke arah dunia tanpa sempadan ini mula kelihatan sejak awal 90-an lagi apabila banyak negara di dunia mula menumpukan kepada penggunaan komputer dan Internet dalam menggerakkkan sesuatu urusan. Malah Internet […]

Foodbank YaPEIM bawa manfaat kepada insan memerlukan

Makanan secara umum adalah keperluan asas bagi manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup serta membekalkan tenaga untuk melakukan aktiviti harian. Makanan ialah suatu bahan yang boleh dimakan dalam bentuk pepejal atau cecair. Kekurangan makanan yang diperlukan dalam badan manusia akan menyebabkan sistem diri seseorang individu itu akan terganggu baik dari segi fisiologi, psikologi dan sosial. Oleh […]

Telegram, Cmasa.my bantu lonjak jualan YaPEIM Gold Sdn Bhd

Premis perniagaan barangan kemas YaPEIM Gold Sdn Bhd terus ke hadapan dengan idea dan modul perniagaan yang segar seiring dengan hasrat pengurusan untuk menjadi pelopor kepada industri penjualan emas di negara ini. Selaras dengan hasrat itu, YaPEIM Gold Sdn Bhd sudah memperkenalkan beberapa kaedah penjualan barangan kemas yang lebih mesra pelanggan selain operasi jualan di […]

Program Inspirasiku MY H.A.U.S santuni mereka memerlukan

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) terus ke depan dalam menyantuni mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing. Seiring dengan semangat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030)  yang ditekankan YB Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, YaPEIM dipertanggungjawab melaksana Program Inspirasiku MY H.A.U.S selain menyumbang kepakaran dan membantu kumpulan sasar ini. […]