Terima Kasih!

TERIMA KASIH kepada Pejuang Barisan Hadapan COVID-19. ANDALAH WIRA KAMI. #yapeim #memacukejayaanbersama #mac2020 #ingatkebajikaningatyapeim #covid19

Menteri Agama Hargai Peranan dan Sumbangan YaPEIM

SUNGAI BESI, 12 Mac 20 – “Di kala orang ramai amat memerlukan sejumlah bantuan, terutama makanan dan minuman, saya kira ini merupakan salah satu program yang hadir tepat pada masanya”, itulah antara kata-kata yang diungkapkan oleh YB Senator Dato’ Seri Dr. Zulkifli Al-Bakri, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Tambahnya lagi, “Usaha YaPEIM […]

Program Foodbank YaPEIM 1.0 – Ready To Eat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

YaPEIM salur sumbangan berbentuk pek makanan sedia di makan (ready to eat) dan (dry food) Foodbank YaPEIM 1.0 kepada 400 orang pelajar yang kurang mampu dari kelompok B40. Inisiatif YaPEIM memperkenalkan Program Foodbank YaPEIM 1.0 kepada masyarakat kurang berkemampuan khususnya pelajar dalam kelompok B40 di institusi pengajian tinggi ini diharap dapat membantu mereka berjimat sekaligus […]

Foodbank YAPEIM 1.0 Sumbang Daging Lembu Segar Kepada 300 Penerima Sekitar Sungai Besi

SUNGAI BESI, 12 Mac — Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) malam ini menyerahkan bantuan daging lembu segar kepada 300 penerima di sekitar Sungai Besi menerusi Program Foodbank 1.0 agensi itu. Program itu, yang berlangsung di Masjid Jamek Ibnu Khaldun di sini, dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr […]

Kursus Sembelihan Dan Kenduri Komuniti Warga Hospital Selayang Sempena Program Foodbank YaPEIM.

Selayang, 10 Mac 20 – Buat julung kalinya, Hospital Selayang dengan kerjasama YaPEIM menganjurkan Kursus Sembelihan dan kenduri Komuniti warga Hospital Selayang. Program yang dijalankan ini mendapat sokongan padu pelbagai pihak termasuk Pejabat Agama Daerah Selayang, Persatuan Kakitangan Warga Islam (PKWI). Turut dibantu oleh ahli Puspanita, Kelab Sukan, unit pentadbiran dan unit keselamatan. Program hari […]

Dr. Zulkifli Mufti Pertama Jadi Menteri

MUFTI Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi mufti pertama di negara ini dilantik sebagai menteri. https://www.hmetro.com.my/node/552723/amp #yapeim #mac2020 #ingatkebajikaningatyapeim

Salam Jumaat Penuh Berkat – “Jom Derma”

Kempen Derma RM1 Untuk Dana Inspirasi Malaysia (INSPIRASIKU) adalah inisiatif bagi mengajak masyarakat dan memperluaskan lagi sumbangan Dana Inspirasi Malaysia. Ayuh semua pihak yang prihatin daripada pelbagai latarbelakang tidak mengira bangsa dan agama bersama-sama kita menjayakan Kempen Derma RM1 Terima kasih atas sokongan anda #yapeim #memacukejayaanbersama #mac2020 #ingatkebajikaningatyapeim #dermaseringgitseorang #danainspirasimalaysia #inspirasiku #salamjumaat

Foodbank YaPEIM 1.0 – Daging Segar Di Surau Nurul Ikhsan Seksyen 6, Shah Alam

SELANGOR 05 Mac 20 – YaPEIM terus menyantuni masyarakat melalui program inovasi Foodbank Daging Segar YaPEIM 1.0 Program yang julung kali diadakan ini dianjurkan dengan KERJASAMA SURAU NURUL IKHSAN Sebanyak 110 orang penerima daripada kelompok B40 telah diraikan dalam majlis tersebut. Majlis keraian juga turut MENYANTUNI GOLONGAN B40 dengan mengadakan jamuan makan yang melibatkan 40kg […]

Syabas & Tahniah

SYABAS & TAHNIAH kepada semua Pelajar yang memperoleh Kejayaan Cemerlang dalam Peperiksaan SPM 2019 ‘SEMOGA TERUS ISTIQAMAH MEMACU KEJAYAAN’ Ikhlas daripada Pemangku Ketua Pengarah, Pengurusan Utama & Seluruh Warga YaPEIM. #yapeim #memacukejayaanbersama #mac2020 #ingatkebajikaningatyapeim

Program Food Bank YaPEIM 1.0 – Dry Food (Bantuan Banjir) Negeri Sabah

YaPEIM salur bantuan barangan keperluan asas (dry food) kepada keluarga dari kelompok B40. Seramai 200 penerima dari Daerah Membakut menerima pek barangan keperluan asas yang diagihkan melalui Program Food Bank YaPEIM 1.0 Inisiatif YaPEIM memperkenalkan Program Foodbank YaPEIM 1.0 kepada masyarakat yang kurang berkemampuan khususnya kepada kepada keluarga dari kelompok B40 dengan mengagihkan pek barangan […]