Penduduk Daerah Lambir Teruja Terima Bantuan YaPEIM

Sarawak, 15 Oktober – Seramai 50 penduduk b40 dari daerah Lambir menerima bantuan makanan Ready to Eat (RTE) pada program Foodbank YaPEIM 2.0 di Masjid Darul Hana Lambir, di sini semalam. Sumbangan diserahkan Pegawai Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri (PPYN) Sarawak dan turut dihadiri Ketua Kampung, En.Arabi Dawet serta jawatankuasa Masjid. Sumbangan yang diberikan adalah makanan […]
Seramai 124 pelajar PICOMS lega terima foodbank YaPEIM

Kuala Lumpur, 13 Oktober – Seramai 124 pelajar dari Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS), di sini lega apabila menerima bantuan makanan Ready To Eat (RTE) pada Program Foodbank YaPEIM 2.0, semalam. Bantuan yang disalurkan oleh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) pada kali ini mengambil kira kekangan serta kesulitan yang dihadapi pelajar yang tidak […]
Ar Rahnu YaPEIM sasar 50 peratus pegangan ‘Market Share’

Kuala Lumpur, 5 Oktober – Pelaksana Program Mikro Kredit Ar Rahnu terbesar di Malaysia, Ar Rahnu YaPEIM (ARY) mensasarkan untuk berkembang dan menguasai 50 peratus pegangan ‘market share’ pajak gadai Islam di negara ini dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang. Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan berkata, buat masa ini ARY yang juga […]
‘Kawah Bonda Kitchen’ sasar pasaran antarabangsa

Kuala Terengganu, 29 September – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasa pada 18 Mac lalu ternyata memberi kesan kepada perniagaan katering diusahakan bersama keluarga sejak 25 tahun lalu apabila tidak lagi mendapat tempahan seperti kebiasaan. Bagaimanapun dugaan itu tidak mematahkan semangat Nor Hazrina Rasli, 34, apabila disebalik ujian menimpa beliau telah memanfaatkan kepakaran ibunya dalam […]
Warga hospital berbesar hati

Pulau Pinang, 24 September – Satu sesi penyerahan Foodbank YaPEIM 2.0 Dry Food “Inspirasi Musaadah Covid19 YaPEIM” di Hospital Besar Pulau Pinang, baru-baru ini. Sumbangan yang diberikan kali ini adalah kerjasama antara Badan Kebajikan Hospital Besar Pulau Pinang dan YaPEIM merupakan barangan keperluan asas berupa pek sumbangan berisi beras, minyak masak, tepung dan lain2. Sumbangan […]
YaPEIM, Bank Islam meterai memorandum persefahaman

Putrajaya, 23 September – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) membabitkan beberapa kerjasama strategik yang lebih luas. Pemangku Ketua Pengarah YaPEIM, Parihah Hasan berkata, YaPEIM berhasrat mengadakan kerjasama strategik dengan BIMB bagi meneroka peluang untuk memperluaskan jangkauan produk dan perkhidmatan kewangan Islam kepada […]
Dr Zulkifli lawat Pusat Pengajian Darul Hasanah

Sandakan, 20 September – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri melawat Pusat Pengajian Darul Hasanah di Rancangan Sungai Manila, Batu 12, di sini hari ini. Dalam lawatan itu Dr Zulkifli turut menyampaikan sumbangan tunai kepada semua pelajar tahfiz di pusat pengajian berkenaan selain sumbangan 200 pek […]
YaPEIM bantu baik pulih rumah asnaf

Sandakan, 20 September – “Sebelum ini rumah saya kerap dinaiki air apabila berlaku fenomena air pasang, kadang kala air akan naik setinggi 1.5 meter menyebabkan ada bahagian rumah yang terjejas. “Saya bersyukur apabila YaPEIM sudi menghulurkan sumbangan tunai sekali gus rumah saya dapat dibaik pulih.” Kata Sara Abdul Majid, 67, penerima manfaat pada program penyerahan […]
Pelajar memerlukan terima bantuan YaPEIM

Shah Alam, 15 September – Program Santuni Prihatin @Rewang Merdeka anjuran Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) yang julung kali diadakan ini menyaksikan menu berasaskan daging dengan 100 kilogram daging lembu segar disediakan untuk direwang yang telah disumbangkan oleh YaPEIM. Selain itu, daging lembu segar dan barang keperluan harian juga dijual pada harga berpatutan […]
Telegram, Cmasa.my bantu lonjak jualan YaPEIM Gold Sdn Bhd

Premis perniagaan barangan kemas YaPEIM Gold Sdn Bhd terus ke hadapan dengan idea dan modul perniagaan yang segar seiring dengan hasrat pengurusan untuk menjadi pelopor kepada industri penjualan emas di negara ini. Selaras dengan hasrat itu, YaPEIM Gold Sdn Bhd sudah memperkenalkan beberapa kaedah penjualan barangan kemas yang lebih mesra pelanggan selain operasi jualan di […]